Testimoni Frusso

Minuman Serat yang Sihat




Sumber Berkaitan

FRUSSO merupakan minuman kesihatan yang kaya dengan serat dan prebiotik. Fungsi utama adalah untuk membantu proses pembuangan dan mengekalkan kesihatan usus.


Frusso mengandungi serat terkuat yang boleh membekalkan jumlah serat yang mencukupi untuk keperluan kita yang menggalakkan pencernaan dan kesihatan usus! Oleh itu, mari kita lihat video experiment yang telah kami lakukan terhadap Frusso, untuk melihat bagaimana Frusso bertindak kepada anda!


Pencernaan berlaku pada saat anda menelan makanan dan ia masuk ke dalam perut anda, dan penyerapan nutrien bermula ketika ia masuk ke dalam usus kecil kita.


FRUSSO mengandungi serat larut, iaitu Fibersol-2 dan Psyllium Husk, serta serat tidak larut iaitu serat Kelapa Sawit. Apakah kebaikan serat di dalam FRUSSO? Ia membantu merangsang dan mengekalkan pergerakan usus, membina persekitaran yang sihat untuk usus dan banyak lagi!


Apakah itu FRUSSO? Ia adalah serbuk minuman detoks serat buah-buahan, yang mengandungi kandungan serat yang tinggi. Serat Fibersol-2 terkuat dengan fungsi pelekat untuk mengumpulkan kolestrol, lemak, karbohidrat dan toksin yang akan dikeluarkan dari badan. Ia sesuai untuk orang yang mengalami masalah sembelit jangka panjang, orang yang gemar makan daging, menderita akibat gangguan pencernaan, dan orang yang inginkan hidup sihat dan cergas. FRUSSO merangkumi 4 perisa buah-buahan iaitu lemon, markisa, pic dan mangga.


Terdapat banyak bakteria di dalam sistem usus kita, dan sudah semestinya mereka memerlukan makanan untuk terus ‘bekerja’, betul tak? Di sinilah Prebiotik mengambil tempat dan menjadi makanan untuk probiotik, bakteria baik, dan meningkatkan jumlah serta kepelbagaian probiotik, sekaligus menggalakkan usus menjadi lebih sihat.


Mengapa anda memerlukan kedua-dua serat iaitu serat larut dan tidak larut bersama di dalam diet pemakanan anda? Sekiranya anda tidak mengambilnya, apakah kesan jangka panjang dalam kekurangan pengambilan serat makanan?


Wellous di Berita Cina TV8. Imuniti adalah barisan perlindungan pertama badan. Hanya dengan sistem imun yang kuat, tubuh badan tidak akan mudah dikalahkan oleh sebarang kuman. Dalam tempoh ini, Wellous sangat gembira dapat membantu orang ramai dalam menjaga keadaan kesihatan yang baik melalui makanan kesihatan khasnya. [IMUGLO] Minuman kesihatan elderberry mengandungi tiga ekstrak yang dipatenkan bertaraf dunia, ElderCraft® elderberry Eropah, Maritech®️ Fucoidan dan PureWay-C ™ ️ Vitamin C, yang penting untuk perlindungan kesihatan anda.